Tuesday 19 April 2011

Perkara Perlu Dielak Pada Temu Janji Pertama

wooooweeiiii!!!! kamu ade temu janji pertama hujung minggu nie. tapi kamu gelisah. takut itu juga merupakan temu janji kamu yang terakhir dengan si dia. sedangkan dia yang di puja begitu lama memang susah untuk didekati. so, apa pilihan kamu? jom kita ikuti perkara yang perlu dielak pada temu janji pertama.




1. Jangan Datang Lambat. Kamu mesti mahu mengembirakan hati si dia kan? jadi, jangan datang lambat! pastikan kamu tepati waktu. pastikan kamu keluar awal agar tidak terperangkap dalam kesesakan. ada yang jenis tidak suka menunggu, akan angkat kaki bila kamu lambat. siapa yang melepas?

2. Fresh Look! hey! tolonglah! kamu ada janji temu. jangan la pula kamu biarkan muka kamu macam orang yang baru bangun tidur! "ala, buat ape nak hipokrit? die kene la terime aku seadanya." tolong buang pemikiran macam tu dalam otak anda. kebersihan diri kamu melambangkan diri kamu sebenar. kalau 1st date

3. Saya bla.. bla.. bla.. Satu lagi yang kamu perlu elakkan. Jangan terlalu banyak bercerita tentang diri kamu. Pastikan ada komunikasi 2 hala. Biar dia bertanya tentang diri kamu dan kamu pun begitu. Biarkan pertemuan pertama di isi dengan sesi perkenalan yang biasa. Macam kamu baru jumpa kawan baru. Jangan cerita masalah kamu, kekecewaan kamu. Jangan! Simpan cerita kamu untuk temu janji akan datang. Biarkan si dia tertanya-tanya tentang diri kamu. Misteri itu manis!

4. Simple. Oh! Saya ada temujanji! saya perlu beli baju baru! kasut baru! ooooo!!!!! No! No! No! Ini bukan temuduga kerja. Biarkan penampilan kamu ringkas. Jangan biarkan si dia nampak tag harga pada baju kamu. Nampak macam kamu tutup diri kamu dengan barang-barang baru. Gayakan diri kamu dengan penampilan ringkas. Bagi perempuan, jangan bersolek macam kamu mahu naik pelamin! solekan tipis sudah memadai. Biar muka kamu nampak segar semulajadi dengan bantuan sedikit warna. Bagi lelaki pula, tidak perlu pakai macam kamu mahu ke temuduga. Malu tau!

5. Pilihan makanan. Pilihan makanan sangat penting. Elakkan makanan yang memerlukan kosentrasi yang tinggi! macam makan ketam. no! pilih sajian yang mudah. kamu mahu berjanji temu. bukan isi perut kamu!

6. My super ex. Jangan bercerita tentang bekas kekasih kamu. biar kisah silam tersimpan rapi dalam hati kamu. Melainkan si dia memang mengenali bekas kekasih kamu. Kamu mahu membina cerita baru dengan si dia. Tumpukan perhatian hanya pada si dia.

7. Jangan! Jangan! Jangan! Jangan buka lawak bodoh kamu. Jangan buat perkara tak senonoh. Jangan lihat wanita/jejaka lain selain si dia. Jangan buat muka miang! hehe.. Elakkan benda-benda yang akan buat temujanji pertama ini bertukar kepada temujanji terakhir.
muka macam orang baru bangun tidur, jangan pelik kalau kamu tak berpunya sampai sekarang.

No comments:

Post a Comment